Monday, February 9, 2015

Relationship

Assalamualaikum.

Ligat betul kepala aku sekarang mentafsir pelbagai perkara. Dari hujung benua barat sampai benua timur. But, so sure ke ada nama benua macam tu?

Aku jenis yang mempunyai habit untuk memikir sesuatu perkara walau kadang tak melibatkan aku. Im just like to make sure my brain functioning well.


What does relationship means to u?


Apa yang kau fikir pasal perhubungan. But untuk perhubungan ni in term of HABLUM MI NANNAS..

Kebanyakan orang akan meletakkan priority kepada pasangan masing2 bila sebut pasal rship. 

I put a general situation here.

Kenapa dalam rship sebelum nikah, kita perlu mengikut kata pasangan dan kita memang berharap (paksa) pasangan kita akan mendengar kata kita. Kalau dia dengar, she or he is a good nominee.. Kalau tak dengar, dia ni tak mendengar kata atau tak bagus. Dia ni mesti akan jadi isteri ingkar. Ohh kalau buat suami ni, pening kepala wei.. Well shit. Baik g kawen dengan monyet.

Kenapa tak terfikir dalam kepala otak tu bahawa maybe ur partner have a own reason. Ambil peluang untuk rasa dan fikir apa yang ur partner fikirkan. Dari sudut mane dan apa kelebihan or keburukan yang dia nampak. Bertambah manis, jika di kupas bersama isi tersirat dan tersurat. Ini tidak, must be one of them mengalah tanpa fight for own opinion dengan harapan tak nak bergaduh. malas bergaduh. 

Atau paksa, U kena dgr ckp i okeh, kalau tak putus..putus!  

Nak hidup dengan dia setahun je ke cik abang or cik akak?? U will gonna live with him for forever.. Lama kelamaan benda tak resolved tu akan timbul jugak. 

Dan pagi ini, ada sesuatu yang terjadi membuat aku terfikir apa sebenarnya hubungan masa depan yang aku impikan? 

I nak hidup dengan suami dan anak2 i..happily ever and after.

Itu ayat yang selalu aku dengar untuk orang yang bakal berkahwin atau mabuk ketum..

Perhubungan bagi aku adalah suami, isteri, anak, ibu bapa, famili, saudara dan rakan2. Untuk lelaki meletakkan ibu bapa di tempat tertinggi memang wajar. Kerana itu lah tempat sepatutnya. Perempuan pula sinonimnya meletakkan suami ditempat tertinggi. (ini dalam kalangan manusia je la). Ibu bapa dan famili seriously takkan pernah meninggalkan anak2 dorang bila susah atau senang. But untuk dunia sekarang, suami atau isteri, aku tak berapa nak sure tahap kesetiaannya. Kawan lagi la tak sure.haha

One day, kalau ada masalah atau kena dump dengan suami or wife yang tercinta sangat tuu, sape yang akan kau cari untuk berkongsi rasa dan masalah, mencari semangat, penguat jiwa?

Jawapan ada pada hati sendiri.



No comments:

Post a Comment