Wednesday, September 9, 2015

Percutian Ke Langkawi 2015


Assalamualaikum dan hello,

Alkisahnya kemerosoton duit Malaysia, jadi percutian kali ini kita cuti2 Malaysia sebab banyak lagi trmpat yang tidak dilewati. Jadi setelah membuat persidangan bersama sahabat sekalian, kali ini kita ke Langkawi sebagai lokasi untuk merelease tension kerja memasing. Lebih kurang 4 bulan takde cuti kerja, so kali ni aku belasah seminggu off..muahahahahaha..

Tiket Pengangkutan


Dimulai dengan harga tiket pengangkutan. Untuk tiket pergi, aku beli  Air asia seminggu sebelom tarikh. Dapatlah Rm60 sehala. Kuala Lumpur - Langkawi.

Tiket balik pula, aku beli sehari sebelum ke langkawi..mmg btul2 last minit..dapatlah murah RM108.00 dari Langkawi - Subang, subang-JB. Murah jugak lah Malindo Air ni siap 15kg luggage per route.. almaklumlah tak pernah naik malindo. hihoo..

Kereta Sewa

Kereta sewa ni kalau hang p google..melambak lah kua result.. Kalau nak murah pergi waktu bukan holiday season. bernasib baik jugalah dapat RM 70, 24 jam. Percutian aku bermula hari Ahad hingga Khamis. Jadi 4 hari itu, duit yang terbakar sebanyak RM280 termasuk pergi balik airpot untuk kereta sewa. Pergilah beramai2, untuk kurangkan beban membayar.. divide equally namanya..

Kalau pergi Langkawi hari biasa, maksud aku weekday.Mungkin dapat rate kereta sewa lagi murah sebab masa ke Jeti pada hari selasa, ada bro ni offer keta viva RM150 untuk 3 hari. haaa murah tuuu..

Lagi satu, tips kalau pergi berdua, nak jimat lagi..sewa la motor..sehari RM35. banyak motor dekat area Pantai Chenang. Caranya, keluar airpot, amek teksi depan airpot hanta p pantai chenang yang dekat je dari airpot dalam 10-15 minit.Hang p la cari motor sewa..jimat.


Penginapan


Malam Pertama, Ulam Inn
Semalam RM 60 (Double)
Lokasi: Beras Terbakar




   


Malam Kedua: Ulam Inn lagi sebab book bilik 3 org dgn harga RM50 semalam. Tapi Bathroom not                            attched..Kat luar bilik tapi masih dalam rumah.
Review           : Owner Inn sangat peramah dan membantu. Belum sampai Langkawi dah siap mesej
                          untuk memberi pertolongan sekiranya perlu. huhu
                          Bilik selesa, bilik air bersih. sesuai untuk orang yang nak berjimat bajet dan ingin                             menikmati suasana kampung.

Malam Ketiga: Best 7 Inn di Pekan Kuah
Harga: RM95/malam untuk triple room
Review: Bilik kecil tapi selesa, bilik air bersih, wifi ok, staff friendly. takde gambar..lupa snap.

Malam Keempat: Tok Man Inn lokasi hampir Pantai Chenang
Harga: RM100/malam untuk triple room
Review: Masuk bilik je, wangiiiii..bilik air sangat bersih, bilik selesa dan besar, staff juga friendly                     dan sangat membantu.

________________________________________________________________________________


Dataran Lang (30 minit dari Beras Terbakar)

Gi sini untuk amek gambaq Cik Lang laaaa.. Mercu tanda Langkawi kot. Tak langkawi la takde pic Cik lang ni..Masuk free je..tak kena bayar, sebelahnya jeti..jeti ape, aku tak tahu nama.. tapi banyak jual pakej island hoping, mangrove,

Island hoping: RM 50 sorang
Mangrove RM 90 sorang




Teruih terang, ke langkawi ni aku memang xde minat nk g island2 nya..haha..air laut kat langkawi tak la sebiru perairan lain..So, memang decide taknak snorkeling bagai.. Jimatt..

Lepas ronda amek feel, kebetulan dekat beras terbakar ada pasar malam hari ahad. So,food hunting. Memang dah kena la dengan perut lapar ni.. Beli pulut durian, young tau fu kuah hitam, nasi kandaq dan teh ais. Kalau nak tahu aku suka sangat Teh ais dkt utara.sedapp..lemak2 pahit. Setiap kali makan, mesti order teh ais.hahaha.padahal kat jb pon ade kot..tapi rse len broo.. trust me!

Laman Padi

Admission Fee hanya RM3 dengan IC. Sebab tak tahu lagi nk buat apa, melawat laa ape la yang boleh dan murah..hihikk





Selain, padi ada juga taman herba,galeri lukisan untuk dilawati.. Kebanyakan tempat pelancongan dekat langkawi ni lawa sebenornya..tapi rasa macam tak berapa di jaga dan tak di maintain. sayang kot tempat lawa tapi tak diperlihara.. mungkin dah tak dapat sambutan kot..


Air Terjun Telaga Tujuh




Fee masuk adalah free. Tapi parking kena bayar, x silap Rm2.Air terjun masih dijaga dan tiada sampah bsepah. Nak mandi air terjun ni memang seronok dan rasa puas sgt tapi hang semua kena daki dulu dalam 10 minit..Penat wooo...

Skycab

Kalau dari Beras terbakar, cable car ni takde lah jauh mana..dalam 15 minit. Cable car berhampiran dengan Telaga Tujuh. Sebelum sampai ke Skycab, korang akan lalu Teluk Datai dan Pantai Burau. Lawa boleh tahan tapi tak sehavoc Pantai Chenang yang bayak mat saleh menjadi duyung dan dugong.kikiki

Teluk Datai

Fee masuk ke skycab cuma RM 20. Pakej Sky cab + Sky Dome with IC. Sebab pergi hari biasa, so takde la beratur.. Terus jek masuk.. Nyaman kan. Permandangan memang lah awesome tapi untuk yang gayat jangan risau sebab floor cable car bukan glass. Maybe utk pakej VIP baru dpt glass floor.. Kurang lah rasa gayat.

Mari mnikmati view yang awesome!


Gelap pulak gambaq

Dah smpai cable car kat kemuncak, skg nak p turun ke Sky Bridge. kena bayar RM5.


Skybridge..

Rasa angin yang sejuk dan rasa bridge bgoyang2 sedikit
                           




Lepas ke Skycab masa untuk ke Pekan Kuah. Sebab malam nak check in sana. Jauh jugak la dari Skycab nak ke pekan Kuah, ada lah dalam 30 minit. Objektif utama nak ke Pekan Kuah, nak beli cekelat laaa.. Nak g HIG, Haji Ismail Group. sebelum ke HIG, singgah depan medan selera depan HIG kasi isi perut dulu..sappedekkkk..N order teh ais lagi..muahaha..sedappppp...


Tanjung Rhu

Ok.dengar crita sunset dekat tanjung Rhu..So, keluar dari hotel Kuah kol 6petang. Dengan niat sempat tgk sunset.Perjalanan dalam 20 minit. Jalan ke tanjung Rhu masuk ke dalam dan di kawal oleh guard.


Guard bangla: adik2 manis nak p mana?

Adik manis: Nak p tanjung rhu la..mana lagi

Guard bangla: Hang smua tak tahu ke, Tnjung Rhu tutup pukul 5 ptg. Dah p patah balik.

Adik manis: Ala yekeeeeeeeeeeeeeeeeee..nak masuk la salman khann

Guard bangla: Kedegaqq tol ampa ni..tak boleh..balik2...pohhh pohhhh

Adik manis; Ok fine.

Jadi, tak kesampaian laaa nak g sunset kat Tg Rhu. aku de risik2 kenapa x bagi masuk lepas kol 5, ada naga ke? ke naga dah tak buat show dahh..di risik2 rupanya Tg Rhu di bwah selian Tg Rhu Beach Resort. Private sket la tanjung ni..

Jadi, kitorg pon stay kat pantai bdekatan tg rhu.. tak tahu nama nya..






Extreme park

Semasa perjalanan ke Tnjg Rhu, ada ternampak satu park untuk aktvt extreme. So, singgah sekejap la bertanya harga sebab kitorang tak  rasa nak buat aktvti islang hoping. Jadi nak try aktvt extreme kalau murah..

Dekat situ ada sediakan pakej, atau nak amek ala carte.haha.. Better pakej, sebab macam lagi murah. Bila tgk brochure, RM 495 per couple untuk aktviti riding horse, atv, go kart, archery, flying fox. Tapi tapi tapi itu untuk harga international tourist. Untuk orang tempatan, divide half. RM 247 per couple untuk 5 aktiviti.. sorang dalam RM 123 je.. Sammokkkkkkk kot..Ape lagi, On je la untuk dijadikan aktiviti esok harinya..










Secara jujurnya, aku memang tak ada pengalaman untuk semua aktiviti yang aku try ni kecuali archery. Jadi, sebab itulah aku teruja banget. First sekali, kita mulakan dengan naik ATV..  Lagi nampak Atv smua dah beratur untuk ditunggangi..wuhuu..nampak tak excited.. nanti jangan excited sangat. So, sebab we ols datang bertiga, sorg nek brdua, lg sorg ride sendiri. Akulah yang ride bwk membe aku sorg. Ok its time to be Awie! Vroom  Vroom..

Nak dijadikan cerita, sewaktu nak ke trek ATV dalam hutan, aku telah membuat cubaan dengan melalui trek aku sendiri. Kawan yang lain buat trek ikut guide, tapi aku cuba buat trek masuk ke paya..

Damn. 

Kahkahkahkah..

Dah tak memasal orang depan2 tercarik aku tak jumpe..dah ttonggeng nak masuk paya. Kah kah kah..Berdekah kalau diingatkan balik.. Tercalar kewibaan guwa tol la..Sebab aku tertekan minyak, dah tertonggeng aku.nseb ada pokok menahan aku dari tertonggeng. Lupa nak bagitahu, aktiviti ni ada insurans cover. Anything happen, dunt worry. Aku tak mengalami sebarang kecederaan, cuma kewibaan aku sebagai minah rempit telah tercalar.macitoooiiii..

Tapi guwa yakin,guide ATV yang berwarganegara Ronghingya ni mesti bengang je..Aku lah peserta paling lambat sekali..Guwa pedulik ape..takkan guwa nak msuk paya lagi..

No...
Nampak tak aku paling last sekali..haha
                                 
Ok itu baru kes 1, ada kes lagi yang menyayat ketawa kita semua. Lepas bawak Atv, sekarang waktu riding horse. Wuhuuuuuuuuu.. Lagi sekali, jangan excited sangat. sebab aku dah tertonggeng tadi, jadi kali ni tak berapa menggedik.

Aku dapat kuda bernama Leader..Sgt jinak dan ikut arahan. Dia akan berlari kalau tgk pnjaga dia lari..bila kata stop, dia stop. So, dapatlah aku merasa menunggang kuda berlari ala cerita zoro.. Cuma tak pegang lembing je..ley lembing kan sape2 yang kacau aku.Yeahhaaaa..

Main kuda ni dalam 10 minit je aku rasa..tak lama. Jadi, aku kerisauan bila kawan aku sorang yang last tak kembali2 ke pangkal jalan..mana pulak lah minah ni..takkan mamat bangla ni ajak dia laari dengan kuda..mampuh nak jawab ngn parents kawan aku..haha..lebih kurang 10 minit jugaklah, baru laa nampak kelibat kawan aku dari jauh.

Tapi pasai apa, dua dua jalan seiringan..Nape dia dah tak tunggang kuda..guwa dah pikir, ni mesti jatuh ni..Mula2, fikir risau jugakla..kalau senget pinggang dia, dah satu keje nak hantar ke hospital.kehkehekeh.. Dia sampai je, terus tanya..kenapa lambat? Dia pon dengan muka tersipu-sipu malu dan seperti mnyembunyikan sesuatu..Ah, malas laa nak naik kuda.. Saja nk jalan kaki.

Puihhhh...

Memang nak la aku percaya..

Hahaha..

Akhirnya, masa merehatkan diri sebelum cabaran yang lain disahut, sambil bergelak2 dia cerita yang kuda tu bawak dia larii...haha..sampai memeluk kuda kawan aku tu..Kalaulah aku di tempat kejadian, memang rasa tengok cite cowboy..Cite nye panjang lagi, tapi biarlah rahsia.. Yang penting, bukan kesalahan pihak park tu, mungkin kawan aku gelabah sangat atau dia yang dah kena rasuk kuda. ke nafsu kuda?

Damn.

Untuk aktiviti Go-kart, trek x besar dan x smooth sangat..Tapi bolehlah nak merasa pengalaman karting. Area airport pon ada go-kart. Kat situ, trek nya lebih besar, siap kena pakai helmet.Harga tak diketahui..

Pesanan deko:Kalau singgah ke extreme park  , silalah tumpang ke toilet mereka..Unik 2 in 1..hahaha


Pantai Chenang



Kedai berderet sepanjang Pantai Chenang. Macam krabi




Pantai Chenang

                           

Yes, finally!            
Pantai Chenang, memang tempat yang meriah. ramai pelancong  ke sini. Jadi, harga makanan dia harga standard la. Aktiviti permainan pantai banyak berada di sini seperti banana boat, jet ski dan parasailing. Aku teringin nak cuba semua tapi..Bajet tak mencukupi. Sayang duit..haha.. Kita cuba apa yang patot jela.. Pilihan aku adlah parasailing. Caj parasailing Rm 50 je. 10 minit kat udara..

Seronok dan teruja sebab cubaan pertama.. Series awesome.

Nak naik parasailing ni, kena berlari dari tanah dan turun pon kena berlari lari anak.. kalau tak jatuh tersemban ke pasir putih tepi pantai..alhamdulilah aku berjaya.. takde terseliuh2..

Mardi Agrofarm

Lokasi agrofarm ni bila on the way ke Padang Matsirat dari Pekan Kuah. Dah nampak Mardi tepi jalan, jadi singgah la..Nak makan buah2an.. huhu

Fee masuk sini Rm7 je..Dapat pusing tengok kebun buah, makan buah dan bergambar.. haha.

Sebenarnya belakang  umah aku pon ada kebun buah, tapi dah nama tourist mode jadi kena teruja laa, amek2 gambar.







cincin cenderhati dari tourist guide

Wednesday, June 10, 2015

Review: The Pots and Pans Johor

Assalamulaikum dan Hello Sekalian.

Berhadapan dengan Suria City Hotel, dan satu bangunan dengan Rebirth Cafe terletaknya Pots &Pans cafe ni.payoh benau nak mulakan intro ni..hekhek

Dah lama aku usha kafe ni, sebab dah dua kali aku pergi makan dekat Rebirth. Tapi tak pergi2. Kali ni aku nekad..Kafe ini harus diterjah! Lagi2 ada rumour mengatakan spagheti sini murah. Biaq benauuu...Selalu korang dengar ciken cop rm 5, haaa kat sini spageti rm 6. mampu???

Finally!




Kiwi Freeze..Kalo x silap la namanye..Rm 5.50


Pasta Carbonara Mushroom Rm 6.00
Ok.Kafe ni mengamalkan self service. Jadi, masuk2 jangan berangan nak duduk terus and selfie.. G beratuq sana, order makanan dan bayar.

Lupa pulak nak snap menu dia. Banyak pilihan. So, aku decide nak order pasta n air kiwi. The price really reasonable with the portion. How about the taste?

Untuk taste pasta tu, bagi aku sedap. Dan aku sekarang menaip pon tengah telan air liur. Gulp.. Dapnye.. Kena selera aku. Air pon blh tahan and not pricey.

My friend decide nak order, mushroom soup, garlic bread with 5 slices and hazelnut latte as drink.Mushroom soup boleh tahan rasanya. Drinks nye mcam kurang kaw kaw sekkk..huhu

Harga lupe pulak each makanan kawan aku..Tapi total kitorang makan less than RM35.
So, next time nak try menu lain..Mybe heavy meal..

Rating Food: ****
Rating Cafe:****
P/s: I would return again here.

Tuesday, June 9, 2015

Percutian ke Pulau Redang 2015 (Part 3)

Selepas makan petang dan mandi, aktiviti seterusnya..jalan pulau lagi. Aku mmg tak dan laa nak tidur2 kat bilik sebab bukan selalu ada waktu macam ni kat pulau..Dont waste any moment. So, pulang camera underwater dan sesi bergambor kat darat pulak le..apo lagi

MARIIIIII








Biasalah, dah nama pon perempuan, so mestilah ada gambar dengan pelbagai ragam dan pose ala2 retis gittew..Aku dimaklumkan oleh orang pulau ni, kalau nak datang, sebaik2 nya datanglah antara bulan Mei hingga bulan september kerana masa tu air laut cantik. Patotlah aku pelik asal air laut redang tak cantik macam dalam gambar2 yang aku review sebelum ni. tapi takpela..asalkan kitorang have fun kan kan kan..Ok. Habis dah jalan pusing pulau, kitorang g makan dinner dulu. Makan dulu okeh baru naek bilik kemas beg apa yang patut sebab esoknya nak checkoutt....

Tapi benornya lepas je abes kemas beg dalam pukul 9, kitorang turun balik lepak ngan geng baru..hahaha.bosan kot terperam dalam bilik. Tapi geng pulau ni ramah dan tamah..Yang penting korang kenalah ramah..jangan aiksen sangat laa..kan kita sama2 melayu..

Lepak malam2 tepi laut, dengar deruan ombak..peh feeling beb.. Series. Aku kahwin nanti, nak ajak cik asben buat memori ni. Really samok kot!


Keesokan pagi, masa untuk check out!

Copp..sebelum berangkat nek bot, kita gambar lagi..kikikiki







Good bye Redang!!
Perjalanan balik ke jeti samalah lebih kurang 45minit. Sesampai je kat jeti, bas Pelangi resort da tunggu untuk hantar customer balik airport atau stesen bas. Flight kitorang dalam kol 4.05 ke KL. Jadi aku memang da berangan dah dok tidur kat kaki lima airport sebab sampai jeti awal..pukul 10.00pagi.. haiyyaaa...6 jam lagi meyh..

Tapi disebabkan keprihatinan driver bas, die mencadangkan kitorang duduk di office Pelangi Resort berhampiran stesen bas. Nanti ada orang akan hantar kitorang ke airpot dalam pukul 3 ptg..Hurrayyyy....

Rupa2 nya memang Pelangi resort memang sediakan servis untuk customer dia rehat dalam waktu menunggu..Dalam ofis tu, bahagian atas ada bilik untuk tidur, mandi dan pantry untuk customer yang menunggu. Pehhhhhhh.. terbaik. siap aircond lagi.. Memang kasi rehat sambil tgk tv siaran astro HBO.hahahahaha..Memang berbaloi..

So, saya kasi dalam 4 bintang untuk servis dari Redang Pelangi Resort..Memuaskan. Makanan pon boleh tahan sampai membuatkan kitorang menunggu2 waktu nak makan..haha. Bilik bersih, air cond sejuk.ha apa lagi kau nak timah?berbaloi dengan bayarannya.


K. Gudbye everyone..

Percutian ke Redang 2015(Part 1)

Percutian ke Redang 2015(Part 2)