Selepas makan petang dan mandi, aktiviti seterusnya..jalan pulau lagi. Aku mmg tak dan laa nak tidur2 kat bilik sebab bukan selalu ada waktu macam ni kat pulau..Dont waste any moment. So, pulang camera underwater dan sesi bergambor kat darat pulak le..apo lagi
MARIIIIII
Biasalah, dah nama pon perempuan, so mestilah ada gambar dengan pelbagai ragam dan pose ala2 retis gittew..Aku dimaklumkan oleh orang pulau ni, kalau nak datang, sebaik2 nya datanglah antara bulan Mei hingga bulan september kerana masa tu air laut cantik. Patotlah aku pelik asal air laut redang tak cantik macam dalam gambar2 yang aku review sebelum ni. tapi takpela..asalkan kitorang have fun kan kan kan..Ok. Habis dah jalan pusing pulau, kitorang g makan dinner dulu. Makan dulu okeh baru naek bilik kemas beg apa yang patut sebab esoknya nak checkoutt....
Tapi benornya lepas je abes kemas beg dalam pukul 9, kitorang turun balik lepak ngan geng baru..hahaha.bosan kot terperam dalam bilik. Tapi geng pulau ni ramah dan tamah..Yang penting korang kenalah ramah..jangan aiksen sangat laa..kan kita sama2 melayu..
Lepak malam2 tepi laut, dengar deruan ombak..peh feeling beb.. Series. Aku kahwin nanti, nak ajak cik asben buat memori ni. Really samok kot!
Keesokan pagi, masa untuk check out!
Copp..sebelum berangkat nek bot, kita gambar lagi..kikikiki
 |
| Good bye Redang!! |
Perjalanan balik ke jeti samalah lebih kurang 45minit. Sesampai je kat jeti, bas Pelangi resort da tunggu untuk hantar customer balik airport atau stesen bas. Flight kitorang dalam kol 4.05 ke KL. Jadi aku memang da berangan dah dok tidur kat kaki lima airport sebab sampai jeti awal..pukul 10.00pagi.. haiyyaaa...6 jam lagi meyh..
Tapi disebabkan keprihatinan driver bas, die mencadangkan kitorang duduk di office Pelangi Resort berhampiran stesen bas. Nanti ada orang akan hantar kitorang ke airpot dalam pukul 3 ptg..Hurrayyyy....
Rupa2 nya memang Pelangi resort memang sediakan servis untuk customer dia rehat dalam waktu menunggu..Dalam ofis tu, bahagian atas ada bilik untuk tidur, mandi dan pantry untuk customer yang menunggu. Pehhhhhhh.. terbaik. siap aircond lagi.. Memang kasi rehat sambil tgk tv siaran astro HBO.hahahahaha..Memang berbaloi..
So, saya kasi dalam 4 bintang untuk servis dari Redang Pelangi Resort..Memuaskan. Makanan pon boleh tahan sampai membuatkan kitorang menunggu2 waktu nak makan..haha. Bilik bersih, air cond sejuk.ha apa lagi kau nak timah?berbaloi dengan bayarannya.
K. Gudbye everyone..
Percutian ke Redang 2015(Part 1)
Percutian ke Redang 2015(Part 2)