Friday, July 18, 2014

Zon Muhasabah

Assalamulaikum dan Hai

Tak lama lagi dah nak raya. persiapan aku la kadar je dengan keadaan kaki yang tak sembuh2 lagi. Disebabkan aku ni ada mewarisi sedikit perangai tarzan belakang umah, jadi aku tergolek pada tarikh 9/7/2014. haha..Biasalah, sepandai2 tarzan melompat akhirnya jatuh ke longkang jua diserta dengan 22 jahitan tepi. Aku rasa nila balasan aku tak siapkan keje mak aku suruh semalamnya..lap lampu tp separuh jek..Daulatt...

Sakit ni betul2 buat aku terbaring je meniti bulan ramadhan. Yela kaki tak boleh gerak sangat. Satu jahitan kat betis satu jahitan kat lutut..Susah nak jalan. Dah hampir 2 minggu kaki aku x sembuh lagi. Jahit kt lutut bengkak dan merah2 lagi. Memang lama lagi la bru nak bukak jahit ni..Sabar ajelah temahh...

Mak aku lah banyak menolong aku and take care of me. Sakit2 pon jaga aku. Penat macam mana kat umah, msti tgkkan aku jgk.. (T_T)..Kenapa orang yang bernama EMAK sangat hebat eh? Kalau aku x jaga dia mase sakit nanti memang haram jadah aku ni. Tapi seriously masa ko susah ni, ade certain things yang buat ko mencerminkan diri sendiri. Ada hikmah juga aku diberikan kesakitan sebab aku dah tahu apa rasa orang sakit.. Apa yang dia nak sebenarnya. 

HARD TIME ALWAYS REVEALS PERSON SURROUNDS YOU

Its happened to me. Tengah2 sakit menitis air mata terkenang orang yang dok concern kan kiter.. tak sangka beerti betul aku ni..haha.. Kenal tak de lama mana, tapi die memang really helpful and kind. Selalu tanya khabar even bz. aku tak angkat kol, msj tye sihat x? Tanya ada  rasa nak makan ape2 tak.No no no no ini bukan hal cinta2.. Mostly cintan2 ni fake je lebih.. Bertuah betul jadi mak ayah dia.. Sebab aku pon belum tentu baik macam tu.. kalau tuhan tak bagi aku sakit, aku tak rasa nikmatnya mempunyai sahabat sebaik kamu.. Hope all positive things comes to you. Amin..

Ada jugak yang tak faham orang sakit. Im not able to walk. I cant walk. Medical Certificate hanya dikeluarkan untuk orang sakit. Jadi tolong la faham. Disebabkan aku ni memang positif tahap cicak kobeng aku pujuk diri sendiri..Mungkin ade la silap2 dulu kot aku prnah buat..atau mungkin aku tak layan baik2 dekat orang..sebab tu la aku dpt layanan mcm tu..


Its ok. Life shud be move on.


Doa2 la raya ni kaki aku dah boleh berjalan kerana rindunya nikmat berjalan ya allah..

Wednesday, June 11, 2014

Sakit (Note for myself)


Sakit kerana Allah sayang. Dia terlalu 

sayang hambanya ini....Ingin memberi 

kemuliaan dan darjat yang tinggi...

tapi darjatnya tidak dapat ditingkatkan 

dengan amalannya. 

Cara termudah menunjukkan kasih 

sayangnya ialah memberi sakit...


Kita tidak disuruh minta sakit. Tapi 

dengan sakit ini ada orang terkejut 

melihat Allah letakkannya di akhirat 

bersama orang-orang soleh seperti Nabi-

Nabi dan sahabat rhum. - Ebit Lew

Tuesday, June 10, 2014

Ibu bapa (Note for myself)

" Kita yang masih ada ibu dan ayah 

hargailah selagi mereka hidup. 

Besar ertinya mengasihi dan khidmat 

pada orang tua. Syurga buat kita.

Puluhan tahun mereka jaga kita.

Mereka dah tua, ada sikit lagi baki masa 

dalam hidup mereka. 

Buat baiklah. jaga solat dan jaga aurat..

Telefon mereka. Beri sedikit duit buat 

mereka. 

Doakan mereka. 

Senyum, minta pandangan mereka dalam 

hidup ini. 

Raikan mereka dalam Ramadhan ini. 

Cuba bayangkan anak yang kita peluk 

hari ini satu masa lupakan 

kita...sedihkan..." - Ebit Lew







Tuesday, June 3, 2014

Lanjut Beach Resort 2014

Assalamualaikum dan hello everyone,

Hujung minggu lepas, aku ada Family day company dekat Lanjut Beach Resort, Endau Rompin.. Serba sedikit yang aku boleh review pasal resort ni..

Review:

Bilik: Bilik semua menghadap laut dan pool.Nice view.Tapi bilik yang aku dapat and almost bilik orang lain pon complain aircond dia slow gila...Jadi, kalau keluar bilik, dinasihatkan jangan di tutup aircond.. Shower dia pon loose jugak..berejam jugak la kalo nak mandi sebab shower slow. Tv siaran ade HBO, tapi tak besnya tv takde remote control. Oh maiiii... Tpaksa den tekan butang channel guna monopod sakti.

Makanan: Makanan dia memang menyelerakan.Menu2 pon banyak tapi ni sebab bos kitorang yang request. Aku suke dia punya desert lagi2 puding..marvellous. Last day, pihak hotel sediakan Nasi Ayam. Seriously sodapppp...memang aku makan sepinggan penuh..

Lokasi: Agak strategik.. Terletak di persisiran pantai.. Bersih dan menenangkan..Sesuai untuk sesiapa yang nak merehatkan diri dari kesibukan kerja. Cuma ada beberapa monumen yang tak di jaga..ceh monumen kauuuuuuu...huhuhu..Sesuai untuk holiday family masa cuti sekolah.. Ada pool dan padang golf.

Friendly: Staff hotel biasa-biasa aja keramahannya.

Kalau diberi pilihan nak repeat tak lagi tempat ni, 50- 50 je r.. Kalau orang belanje, boleh lah nak pergi lagi..Sebab memuaskan jugak laa..


View dari bilik

Bersih kannnnnn

Pantai 

menunggu masa je nak runtuh pondok ni


Chalet -chalet




Bangkai kapal

Dah name kat pantai, mestila pose ala2 pre-wedding


jangan lupa untuk snap foto melompat!

Relax takkkkkkkkkkkkkkkkkkkk????


Monday, May 5, 2014

Quote of The Day: BURUNG





"Kita hidup ni umpama burung, kita bebas untuk terbang kemana mana .


Tapi, jangan terbang terlalu tinggi, nanti bila jatuh, sakit"

nanti baru nak minta Batmannnn............ TOLONGGG!!!!!!

Sunday, May 4, 2014

Kita tak boleh patah balik.

Assalamualaikum dan Hello!

Separuh dari umur aku, aku habiskan masa dengan kawan di sekolah atau di luar. Untungnya aku, aku mempunyai kawan yang aku kenal dari sekolah rendah even mase tu kenal suam-suam air. Tapi dari situ la detik permulaan permulaan kitorang. Kenal sebagai rakan sekolah rendah sampai menengah dan ada yang sampai ke zaman matrikulasi dan univeristi. Waktu sekolah rendah aku, aku mempunyai 7 orang perempuan yang akrab(smapai da takde ruang da melekatnye) sampai sekarang. Kita orang banyak habiskan waktu kecik bersama dari buat kerja sekolah, join nasyid dan marhaban, join bola jaring, geng round kampung, geng piknik depan rumah dan geng memasak. Boleh imagine tak betapa rapatnya kita orang. Aktiviti ini berterusan sampai ke sekolah menengah. Kita orang juga kongsi minat yang sama iaitu masing-masing suka berjalan dari zaman sekolah. Masa zaman sekolah, jalan rumah member je la yang mampu sebab kecik lagi kan..Kang ada yang dapat terajang sulung dari mak bapak masing kalau nak jalan jauh2. Tapi bile umur da besaq sikit, mulalah langkah ini dipanjangkan ke IOI dulu..Masih dalam daerah. Bila mak bapak tak kisah, panjangkan langkah lagi ke Angsana..haaa..ni dah luar daerah tauu..Gempak tak?haha..masa tu, ini adalah pencapaian yang sangat membanggakan. lagi jauh kaki kau melangkah, lagi tinggi martabat ko. Cool! So agas..  


Team As-Syaddah.. Solo sudah tentu kena baju len dr backup singer..klise

Aktiviti beraya setiap tahun
                         

Haa tgk..Geng sterrr..skaf nak ke depan, kasut nk converse baju nak canggih
kalo tak memang takkan ke skolah la kamiii..

Keakraban kitorang dengan kawan lelaki start tak salah aku masa umur 20 tahun. Lepas zaman matriks. Masing-masing sebaya. Masa ni pulak memasing gelenyorrr baru dapat lesen. Tapi keta takde lagi. haha.. Jadi, rembat keta famili je masing2. Senang kan? waktu ni memang masa harok giler kitorang kalau nak keluar memang ramai..kadang kitowang sumbat je 8 orang dalam satu keta. Pernah kereta kancil, kitorang naek sampai 6 orang. tak jahanam keta bapak mael..haha.Kadang-kadang, aku keluarkan van rasmi kitorang iaitu van bapak aku..So, niat di hati bolehlah kawan aku ramai2 naek van gi jalan sesama. Tapi susah dapat kawan jakun limited edition ni. Van kan ada 2 layer seat kan tapi kadang-kadang enam2 nak duduk kat first layer.sebab ape? nanti duduk belakang sangat tak dapat amek gmbar rebut2, tak dapat follow cerita bodoh merepek meraban..Nampak kan kitowang suka berjalan, kitorang akan selalu bertekak masa nak isi minyak kereta. Kalau masuk shell ke petronas, yang budak laki memasing buat2 tido la. mase ni la korang nak tido, nak terberak la..Kalo tak tadi, bukan men hidup lagi nyawa..Aku la yang akan jadi mak tiri collect duit. Budak pempuan selalunya baik, ikut arahan..paling kurang bg sorang rm2, tapi kalo budak lelaki dasar gay memasing.. ada ke bagi duit minyak 60 sen kalau nasib aku baik  dapatlah Rm1.30. Ya Allah! Memang dapat rasa kegeraman aku mase tu(Emo tak memasal)..Memang kena tarik rambut la budak laki masing2. Kedekut tahik idung masingggg! Nak berjalan laju je, nak keluar duit liat nak mam***!


Kan aku da cakap..masing2 taknak duduk bhgn blkg van rasmi kitowg ni
                                       
Da macam geng Indonesia!

Masing2 mengelenyor kalo nak amek gamba

Pilot and co-pilot
                                       

Memory remains as memories
                                        

Lagi satu pe'el kitowang, bila nak amik gambar. Reti nak duduk diam? Jangan harap la..Masing menjulur2 kepala macam ular sawa. Nak masuk dalam gmba jugak. memang menyakitkan hati betul kawan-kawan aku. Masa zaman universiti adalah zaman enjoy maksimum kitorang. Dan aku tak sedar kawan aku semua ni parasit. Suka datang UTM amek aku, sebab nak mintak aku belanja. Mula lah buat ayt sedih, penat datang isi minyak, jadi mintak upah makanan. Mane tak habis duit aku ha setannnnnnnnnnn? Kawan2.. Kekerapan dorang selinap masuk UTM memang di luar jangkaan sampai kan kawan aku sendiri  cuak. Masa tu yang datang pali, mun dan dina. Dah sampai pintu gate UTM , boleh patah balik sebab takot guard UTM soal tujuan nak masuk UTM. Dorang pon g port kat tepi jalan. Then bincang! Ada bagi alasan nak hanta rim motor kat Eti (nama samaran aku mase tu)..Sebab dalam kereta pali, ada rim motor. Zaman bila pulak,aku pakai motor ha? What? Eti? Masing-masing da plan tukar nama sebab takut identiti aku sebagai student UTM terbongkar asyik bawak masuk orang luar jek. Nama dina jadi ena, nama Pali jadi eli, Mun tuka jadi eril. hahahahahahahahahaha..


Da macam kembar siam kepala 4

One time, akibat dari masing2 malas nak isi minyak kereta, aku, syed, mun tersadai tepi jalan. The problem guess what? dorang boleh ajak nyanyi sambil men gitar kat tepi jalan. Sambil tunggu dina  hantar minyak rm5. tengok! Betapa sengkek tau kitorang 5 hengget je isi minyak.Bertambah pentol, bila dina boleh tak perasan kitowang kat tepi jalan sampai leh terlajak2..pentol..pentol..


How can i stop missing the old moment. T_T
Tell me how??


Kalau nak tulis semua kenangan memang makan satu buku aku taip..

Series, a lot!

The issue is we all are already grown up to become an adult( but the attitude still same and never changed),the age number is increasing, having a different stage of life, searching money,having a job, having responsible, busy on searching partner of life, be a loyal wife and a good husband. Having a family, kids.. We start to plan for future in terms of money, family members, jobs. I believe, if we could back to our previous life, we would to stay in the 'meaningful' moment for a time.I guess.


The conclusion, appreciate your people surrounding you as long as they have time for you and exist. 


Thursday, April 10, 2014

Kenapa kau tak reti bersyukur haa

Assalamualaikum dan Hello!

Ye aku update belog ni waktu kerja. Power tak power la Kak Bedah ni kan? Aku bukan pemalas atau mencurik tulang. Tapi masalahnya, banyak projek company aku dah nak abes. So, tu yang banyak rileks  dan -kadang buat kerja simple mimple..

Aku memang ada fobia bila di beri keje simple mimple ni..Dulu aku ade pengalaman bekerja kat satu company besar. Collegue memang best tapi kadang-kadang aku tak di expose kepada scope kerja sepatutnya. Tu lah antara sebab-sebab aku beralih company lain.


My expectation masuk company baru nk establish ni, memang tinggi expectation dalam scope of work aku. tapi sayang cik salmah, projek tak bape lebat..Bukan takde benda yang aku belajar, banyak benda.. Tapi cuma ade certain period aku tak tahu nak buat ape. Aku da set goal and expectation bila masuk company baru, tapi hanya 40% je meets my goal and expectation.


Aku ke yang tak reti bersyukur ek? Aku bersyukur sebenarnya, tapi tak boleh lah nak biarkan hidup aku jauh daripada goal aku. Nanti ape jadi untuk future aku? Kalau aku tak depends diri sendiri, tak fight untuk diri sendiri, sape pulak malaun yang nk fight untuk aku?? takde kan.


Perlukah aku mengorak langkah ketika ini atau terus berikan sokongan kepada company sekarang?



Monday, April 7, 2014

Gogomok or Dedomok.

Lama sungguh aku tak membela kucing. Kalau nak flashback zaman aku bela kucing, jauh benor nak patahbalik..tak salah aku last aku umur 12 tahun.. Sekarang aku da besar gajah. Kucing aku dulu nama lebihkurang je..Fisrt generation, Demok! gambar takde la..dulu zaman takde henpon kamera macam laa nii.. 
Pahtu demok mati. T_T sedeyh..

Second generation, Nyomei. Rare tak name kucing i..actually the root word come from Comel. Bila dah dipelatkan dan dicampur dengan dialek2 manja famili aku jadi nyomeiiiiiii..Riwayat nyomei ni habis bila dia kena culik. Siot betul manusia yang curi kucing aku..Dasar ngengsot.


Tula last dua ekoq  aku bela kucing, pastu dah tak bela dah..Macam da seriau rasa nak bela..Takot terluka di masa hadapan..Tapi yang penting kedua-dua kucing aku ni, pattern lebih kurang, bulu hitam nak ke grey nak ke putih.camne tuh...kat tangan dengan kaki ade 3 calit dan bercalit2  macam pekida hang tauuuu..gengster maaa wa punye kucing. lua ada ke?.


Awal bulan februari 2014, masa tuh aku tengah dok leka jaga kedai sambil belek2 paper depan kedai..pah tu dengar kucing panggil2 aku..  


Kaka Manis, apa buat? 

Aku da translate la dalam bahasa manusia..but kucing ni datang dari bangladesh ke?hurmmmmmm
Dalam bahasa kucing: 

Miowwwwwww,,, yowwww,  owwww?


Aku pon toleh laa kat bawah..ada sekor kucing kecil..anak kucing la kiranya..comel. Nak mintak makan lettew..huh dasar kucing tak reti bekerja. Mengharapkan belas kasihan je keje nya..

Aku pon masuk umah slowly..Rembat ikan mak aku bawah tudung saji.Haa mak aku tak perasan sebab tengah tidoq..Diam diam mak tidoq 

Aku pon bagi dia makan..So, ingat lepas makan, dia blah r..tapi sangkaan aku meleset.. Dia tangkap cintan dengan aku kot..terus duduk atas peha aku..Ni yag aku lemah ni kalau kucing manja2..Cair aku mase tuh.. 

Bukan men lagi tidoq terlentangggggg...

Aku pon decide nak bela kucing ni..Boleh la buat teman aku bosan-bosan kat umah. Biar die menceriakan hidup aku..Will she? Yup Gogomok adalah perempuan.Nampak macam sopan je tau..Jalan pon kepit-kepit.Aku letak name dia gegomok,seems perot die easily getting gemok after have meals. Tapi nama gegomok bayak kali di suntik elemen asing oleh famili aku..


Mak aku panggil, dedomok. Dan mak aku bahasakan diri dia dengan gegomok Dawan (shud be kawan sebenarnya).Kan aku da cakap famili aku ada penyakit memelat bila cakap ngan kucing..

Ayah aku panggil gegomok as Mok. Ayah aku tak bape layan trend pelat2 ni..tak layan tauuuu..

Akak aku along paggil, Gomok kun..Bajet orang jepun la tu. 


tapi ada Gegomok kisah ke?? asalkan dapat makan, dapat guling sana sini, tido,  dapat merendek dengan kucing belakang rumah. Its enough for her.Complete her life.


Now, Gegomok really menjadi anak emas dalam famili aku. bangun pagi, cari Gegomok dulu. Nanti lagi setengah jam, seru lagi nama dia. everytime la..Semua nak seru si Gegomok ni. 


Seriesly, kucing aku ni memang manja and suka bergurau..Kadang-kadang, bila dia nampak ada makhluk nak lalu jek, dia da standby tepi  almari..then tepat masa, dia agah la, kadang2 terus cekut kaki sape yang lalu..Pernah ayah aku tersepak, nasib baek tak terburai isi perut Gegomok..phewwwwwwwwwww~


Gegomok memang ada pantang bila tengok ada antara kitorang mulut kunyah lagi masa dia lapar..Memang dia akan datang sampai ke mulut..Nak bau punye pasal..Buzy body gilerr...


And my Gegomok eat ice cream too..haha.. really kucing mat saleh youuuuuuuuuuu...Dia sangat suka ais krim lagi2 perasa rainbow..Her favorite.

Orang buat keje, die pon menyebok jugakkk

yo man!!
                                                

                               
Aktivitiyang selalu dia buat..suka landing masa aku tengah online..dasar binatang..tak kasi can aku nak online.


                               

Aku x kacau kau pon gegemok..apahallll nak kacau aku..nak minta restu pon xyah la nak sampai gigit kaki aku..


Rindu laa Gegemok..Jap lagi aku nak timang kau..
                                                        

Saturday, April 5, 2014

Percutian Bandung Last Bara Bere Bara Bere

Memang padan muka.Beli lagi barang banyak sampai tak ingat dunia..Haa kan da pening skang. macam2 strategi we ols gunakan..4 4 2 laaa, 2 6 2 laa ..akhirnya tawakkal je la kannn.. sampai terbawak dalam mimpi kot pasal luggage


Lepas kemas luggage, aku tengok member aku semua dah bdengkur masing2..lawan sape kuat bdengkur. Padahal sebelum tidur semua merepek meraban, berebut nak berkencan dengan Hendra.mengekek2 ketawa..haha..Kalau la Hendra tahu, mesti dia takot dengan kitorang..Biasalah cakap merepek2, memang habit dari dulu..


Aku tengok jam dah pukul 12 malam..Pehhhhh..asl  la mata ni tak boleh tidoq..takkan la sebab esok nak balik malaysia, aku jadi tak tentu arah..ececehhhh..Yes, masa kat pasar baru petang tadi, aku sauk air neskepe dari Hendra..Patut la..ni la balasan dari minum neskepe..tak boleh tido liauuu..Waaaaaaaaaaaaaaaaa...ampunkan aku..


Aku tak sedar pukul berapa aku terlelap. bangun2 je, rasa nak ter berrrr...hahaha..tu pon nak citer kan..tak salah aku pukul 6 pagi aku da bangun.tido pon tak lena sebab? biarlah sebab tu antara kami je yang tahu apsal..hahaha


Siap2..pukul 7 pagi da setel.tunggu Hendra sampai..katanya pukul 7 setengah..Flight pukul 10.10 pagi..Awal plak dia hantar..Lemah betul nak balik Malaysia sebab esoknya kena kerja! Benda yang paling membebankan aku...arhhhhhhhhhhhhhhhhhh,.....


Ten Ten Ten..Hendra sudah dibawah..Katanya pukul 6 lagi sudah dibawah..tipu kan?? suka bercanda aja..aku candat kau macam sotong nanti..Baru ko tahu ek Hennn.Siap masuk barang dalam van, apa lagi gambar sih!! gambar dengan pria yang banyak menjaga keselamatan we olss di Bandung..


Pria terhebat! (puihh)hahaha

Ya bersama pelancong 10 bintang!!..kata Hendra

Ok.Mari berangkat..eh eh eh lagu bara bere di radio! arhhhhhhhhhhhhhhh.. Thanks Lord!...haha..Can u imagine how obsess we are with that song! We had crush with Bara Bere! Guys, u need hear dat song too.. I believe u can feel the feeling of Indonesia even kat Malaysia da banyak sangat lgu indonesia... But this song, really close to us.


                                Ini bukan video 18 sx ya..Cuma penyanyi nya aja sexy ya ampunnn!!

So, berdansa la kita dalam van..Dengan supir2 pon menari..haha.. aku akan ingat scene ini ..Tarian tangan kat stereng!


hanya dalam 15 minit dah sampai airport..Disebabkan beg we ols banyak dan berat2..Jadi suruh saja orang di airport handle kan luggage..dari angkat luggage sampai la check in luggage..Dia handle kan..Pah tu bagi la tips. 50 ribu.

Selepas sesi memberi ucapan terima kasih kepada Hendra dan juga ayat2 cinta dari Hendra untuk kami..We olss juga titipkan surat cinta..yaaa kali ini benaran Surat Cinta serta tips dari kami..kerana kami telah mempertemukan Hendra dengan ...........(yang ini rahsia kami berlima aja ya)..Good Luck ya Hendra! 
Terpisah lah kami dari Hendra Sangkurian..T_T

Dekat airport jangan lupa ya, sediakan duit tax sebanyak 75 ribu!Kalau mahu senang, asing kan duit tax dahulu...

Goodbye Bandung..We sure will come back again....muahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

Berat kakiku melangkah, berat lagi beg yang ku gendong!! Prada lace bhelai2..berat wooo
                                               
Tengok! Cukup 60 kg tauuuu

Miss u  Bandung & Hendra! 
 See then..



Kebahagiaan

How can i express my feeling that runs in my blood every time that im having a vacation. Yes! Vacation with friends and family really refresh  myself and my adrenalin going higher and highest. thats is the feeling!. When the vacation meet the ends, satu perasaan yang sukar digambarkan. Feels like putus cinta! Lemah! Cant breath.

Keep  dreaming. One day, I will travel around the world straight 3, 4, 6 maybe 12 months without thinking about work and life! also money..sure la dat day, rich already..

I LOVE YOU  VACATION!!
MUAHH!!
XOXOXOXO(ntah ape ntah mksud die)














Fun & Crazy Enough!

Wednesday, April 2, 2014

Percutian Bandung, Pasar Baru, Heritage, The Secret, Part 3!


List sudah ada, 
pulsa juga sudah ada, 
duit sudah tersedia,
yang kutunggu2,
Adalah Hendraku,
Untuk ke Pasar Baru...

Asikkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!!!!!!

Yeay pukul 9 pagi, Hendra dah sampai untuk bawa we olss pergi Pasar Baru.. Shopping lagi yaaa... Sebelum tu..sebelum tu mari ke money changer. Rate Asia Money Changer da di cerita dalam entri Part 1. So, kawan2 aku yang konon nya kaya giler pergi la menukar duit memasing..Aku?? Aku follow Hendra g amek air free.. Dapat air milo panas. Free! Gratis! bagus money changer ni..Pahtu, singgah pulak dekat CIMB NIAGA nak draw duit.. Alangkah terkejutnya aku, bila check baki bank, ada bjuta2 duit dalam tu..pitam aku dibuatnye..Kuhhhhhh Semangattttttt! Juta rupiah je ponn..Over takkkkkkkkkkkkk???


Tunggu Hendra tukar duit ..Dia pon nak jugakkkk..x boleh kalah ngn we olss
                       

Baju wat de helll nak same pesen..susah klo da sllu ngat bdamping
                                               
Ratu Cimb Niaga!! da dekat 3 kali draw duit minah ni
                                                
Pasar baru ni ramai sangat orang. Jadi kena berhati2..takot ada mata-mata yang memandang. Lagi tengok kita perempuan kan..X tahu aku da sedia monopod je ni..dekat je, memang aku sauk leher pencopet. Jangan nak mampir ya..haha..Disebabkan kali ini pelancong nya terlalu manis sangat semanis kurma, Hendra sediakan body guard untuk we olss.. Hoyeahhhh2!! Namanya aba. bagi tahu nak beli apa, nanti Aba bawak ke mana2 walau mahu ke syurga pon bisa.. Siap tolong angkat beg shopping we ols lg..Sila jeles!

Mula mula masuk je, g kedai jubah.. Nak dekat sejam dalam kedai tu.. Angin je aku.. We olss tak leh pecah, nantu sesat.bahaya.. Aba tunggu luar. Sabar je menunggu..Da dekat sejam, kawan aku prangai cam kuntilanak ni, maseh x abes2 dengan jubah..Kuntilanak nak pkai jubah kann..tu yang lame sikit nak pilih Jubah..

So, sebab agak bosan, aku pergi kedai kain pelikat bdekatan.. Aku rasa kain pelikat kat kedai ni macam mahal..tapi lawa..my father like2 kain pelikatnye..ekot brand jugak..paling murah 40 rbu. aku beli harganya 70 ribu. jenama gajah duduk ke berdiri..macam tu la jenama nya..Kalau nak jenama gajah berlari, murah lagi..haha..bcanda plak penjual nya.. hensem seller dia macam Fezrol khan.. tapi  susah nak mntak diskaun.. taikidungmasingiler..

Ternampak pulak blouse 50 rbu hrganya..memang dah berkenan dahh..rm15..so, aku pon sauk satu..tapi bile dekat kaunter jadi 60 rbu..nampak x hazabedah dorang meniaga..aku jadi suster ngengsot kang, baru dorang tahu..tapi bayar je la..im jutawan..no hal laaa...

Ayoh sekarang nak carik kain prada lace, brada lace, makda lace, jom2..Nama kedai, cintaku hanya padamu..haha..aku lupa nama kedai nya..owner orang msia.level 1. Masuk je terus di iringi we olss ke bilik khas.. almaklumlahhh..retis kan..haha..ok, i nak lace kaler ni kaler tu..


Bisa kaka..duduk diam2, nanti lace nya kan datang sendirinya..Wah kayak crita Harry potter ini..


Servis biase la, mesti ade kerlas kan..kek semalam x abes, air fresh orange smua dia keluarkan..We olss nak ayam penyet la..huh!

ha sampai aku jadi modelnya..250 rbu per meter

cantik kan kainnya


Kais2 duit..duit da makin susutt
Ok.setel kain lace, pergi cari kain psang lain pulak.. Kita ke Sir Cinta Yukkkkk... Dekat Sir Cinta ni, kalau beli 10 helai dapat free 1. kain dekat sini harganya 160 rbu 4 meter. takde snap foto plak masa kat sir cinta. 

Ok, teringat pulak dekat adik lelaki aku, mari belikan dia kemeja. tak dapat di pastikan original ke x..aku bedal je..

120 ribu sepasang kemeja..murah la jgk rm 35

Seterusnya beli t shirt bandung.. 6 helai 100 rbu. murah jugak la..aku pergi krabi pon satu t shirt rm 10. dekat sini, baru rm 5. Bole la kasi ole2..fridge magnet 7 pack (6 pcs) 100 rbu. murah-murah.. Tak lupe juga belikan set baju mandi muslimah akak aku 190 rbu rupiah..mahal giler kan..tapi da penat, aku beli je la..x larat nak carik lagi..


Habes shopping dalam pukul 3 ptang. Tak makan tengah ari lagi.. Aku tengok aba bawak beg shopping we olss pon da makin kurus..kesian nye.. Tapi die memang x bagi we olss tlong angkat..Di bilang sudah jadi kerja nya kan.. nak buat camane..begitu gigih aba cari duit untuk hidup kan..

Ok. Semua barang dah letak dalam bonet kereta, hendra pon sudah ada, mari bergamba brsama Aba..hihi..
Slepas tu, we olss titip surat cinta buat Aba (tips actually).. Harap berbaloi dengan kerjanya..
Sebenarnya, tak bagi tips pon takpe, Sebab ni memang pakej dari Hayuka..Tapi niatkan sedekah je la kan.

Kecik je orangnye..tapi baik tauu..
Ya selepas ini, isi perut nya dengan Nasi Padang. Style makan nasi Padang, mereka akan serve semua jenis lauk atas meja, tapi korang pilih lauk yang nak makan aja..Kalau xnk, jangan di cuit..Nanti di kira sold..ha nampak tak game dorang..makan kali ni 4 orang masih di dalam range harga x smpai 200rbu.


Nasi padang
Next destination, Kartika Sari..Besaq baqq hangggggggg..ingat kedai cikai2..keh keh..Sori la Kartika ek..
Aku beli yang belogger len recommended je..Brownies dan Pisang salai Keju. Brownies 45 rbu, Pisang salai keje 22.5 rbu.. rasa nya biase je..tu ha dalam peti ais mak aku, x abes2 lagi..x bape nak impress sangat la..
Sori again for condemning u. 

                                 
                                 

                                 
Banyak shopping kak.. mcm ziana zain la plk aku tgk muka mu

Tanter Katika Sari

Hendra, bisa nggak bawa kami ke jalan Riau..mahu ke heritage dan The Secret


Bisa kaka..Ke mana aja pun, hendra bisa hantar..


Wiwiwiwiwi...Shopping lagi yukk..

Sepatutnya, Outlet Jalan Riau adalah first tempat yang patut aku shopping dulu kerana memang asikk lagi lagi dekat The Secret. murah2..aku beli cardigan 50 rbu jek..suar burberi jus 150 rbu. macam la barang branded ade.. tapi disebabkan petang tu, aku da letak jawatan sebagai jutawan, jadi takboleh dah nak shopping sakan..dasar kuntilanak!

Heritage pon ok la..murah la jugekkkkk...


Hendra, sebenarnya begini ceritannya,, kami mahu pusing2 Chihampelas tapi nggak mahu turun..mahu lihat saja dari kereta..sudah capek.

Bisa kaka..Hendra bawa pusing2 Cihampelas ya selepas ini.

Kami mahu makan bakso.bisa nggak??

Bisa. kebetulan di Cihampelas ada kedai bakso, Tapi hendra nggak pasti masih buka tidak..Kita lihat dulu ya..Hendra suka makan bakso di situ tapi tidak pernah bawa pelancong ke sana.

Yeay!!

Mengade sekali..nak ke sana sini la..haha..apa apa aja, yang penting, we ols bayar kan..last day bandung msti kasi pusing abes tapi malas nak jalan kaki..

Hendra tak bape sarankan we olss shopping dekat Cihampelas. Katanya sini kawasan peragut.Sebab kedai nye banyak di tepi jalan. Ke dia malas, sebab Chihampelas selalu jam? andaian aja..tapi harganya lebih kurang pasar baru saja.. Barang pon sama.

Masa untuk makan Bakso!! Bakso asli dari Indonesia
Rasalah bakso yang sedap ini dan teh botol..memang thorbaikkk! Suasana nya memang terasa macam di Indonesia, ada pengamen jalanan, dan ramai orang Indonesia.. Tiada tourist pon..Baru feel kt luar negara kannnnn....

muka penat aku da macam hape da

Geng suar ropol2

 So, bolehlah kita pulang ke hotel untuk mengemas luggage..

Hendra sudah pesan banyak kali sebelum shopping, harus diingatkan kg nya..nnti terlebih kg. Sekarang we ols pening, masing shopping macam kena sampuk hantu langsuir ..da tak ingat dunia.
bagaimana ini, barang banyak sekali...

Total luggage 60 kg je..arhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...No No No.